Wednesday, November 28, 2007

Perjumpaan Usahawan Projek Cendawan di Labuan

Bermula jam 9.00 pagi 28.11.2007 satu perjumpaan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Utara.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai cadangan surat perjanjian perladangan kontrak/sistem payung projek cendawan.

Semua usahawan yang hadir memberikan kerjasama yang baik.

Friday, November 23, 2007

Lawatan ke projek cendawan di Kuala Penyu

Pada 15.11.2007 seramai 25 orang pengusaha cendawan dari Labuan telah membuat lawatan ke Kuala Penyu. Lawatan ini dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang W.P. Labuan.

Projek cendawan yang dilawati ialah Future Hopes Marketing kepunyaan Encik Francis. Beliau memulakan projek cendawan tiram kelabu setelah menamatkan perkhidmatan dalam sektor perbankan. Selain cendawan tiram kelabu, beliau juga mengusahakan cendawan telinga kera.

Uniknya projek cendawan dibuat dalam bangunan yang tertutup dengan sistem penghawa dingin. Keadaan ini adalah sesuatu yang baru bagi pengusaha cendawan di Labuan.